Monday, 11 March 2013


Pelaburan utama adalah pelaburan ilmu

Assalamualaikum semua..

Untuk post kali ni, saya nak kongsi tentang satu pelaburan yang tidak ramai tahu dan lakukan. 


Walaupun di blog ini berkaitan pelaburan emas dan perak, tpi ramai juga yang membeli emas dan perak tidak tahu kenapa mereka perlu memilikinya. Sebelum membuat sesuatu pelaburan, anda HARUS membuat kajian terhadap pelaburan tersebut secara terperinci dan mendalam kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Pelaburan yang saya maksudkan adalah pelaburan ilmu. Jika anda memiliki RM1000, saya mencadangkan anda membeli dahulu buku-buku untuk dibaca dan lebihan daripada itu barulah anda laburkan pada emas dan perak. Antara buku yang perlu anda baca ialah:
1. Poor Dad Rich Dad (Robert Kiyosaki)



 2. Cashflow Quadrant (Robert Kiyosaki)


3. Nota Jutawan Nota Kewangan (Dr. Irfan Khairi)



4. Nota Jutawan Nota Motivasi (Dr. Irfan Khairi)



Buku-buku di atas bukanlah menceritakan perihal pelaburan emas dan perak tetapi buku-buku tersebut boleh membuatkan kita berfikir dan membuka minda kita bagaimana untuk berjaya dalam hidup. Sekiranya anda yakin dengan hadith Nabi Muhammad SAW: 9 dari 10 rezeki adalah dari perniagaan, maka buku-buku ini amat sesuai dijadikan sumber inspirasi dan penggerak kepada kejayaan anda dan saya..Insya-Allah..

Pelaburan emas dan perak bukan sahaja berkenaan simpanan malah boleh dijadikan perniagaan yang menguntungkan. Saya sendiri sudah mengalaminya. Walau keuntungan hanya RM1- RM100, tetapi ini adalah rezeki yang Allah berikan. Produk yang dijual iaitu emas dan perak sangat mudah untuk dijual berikutan ramai yang tahu kehebatan emas dan perak itu sendiri. 


Pada saya, mereka yang menceburi pelaburan emas terdiri dari 3 golongan;

  1. Beli > Simpan
  2. Beli > Simpan > Jual (Berniaga)
  3. Beli > Simpan > Jual (Berniaga) > Manipulasi emas
Golongan 1 lebih dikenali sebagai golongan pelanggan. Mereka akan beroleh keuntungan kerana emas dan perak yang dibeli menyimpan nilai dan akan meningkat nilainya.

Golongan 2 pula lebih kepada golongan peniaga. Golongan ini beroleh keuntungan dari perniagaan emas dan perak. Perbezaan dari harga jual-harga beli boleh memberi keuntungan sehingga 6-10%. 

Golongan 3 pula merupakan golongan pelanggan, peniaga dan pemanipulasi. Golongan ini boleh memperoleh keuntungan yang lebih besar dari dua golongan di atas. Dengan teknik yang sesuai, keuntungan adalah berlipat kali ganda.

Harus diingat, walau golongan mana anda pilih, emas dan perak masih merupakan barang ribawi. Segala yang berkaitan dengannya mestilah dilakukan dengan betul dan menepati kehendak syarak. Semoga rakan pembaca akan beroleh manfaat dari-Nya. Amiinn.


Simple explaination why saving Gold..



Apabila kt menyimpan wang kertas di dalam akaun simpanan, sebenarnya tanpa disedari nilai wang yang disimpan akan berkurangan. Ini berikutan inflasi. Cara mudah untuk kt tahu inflasi ada atau tak tengok saja pada harga sayur sekarang..rata2 sayur yang dijual dipasaran mengalami peningkatan hrga sebanyak 2%..pada zaman mak ayah kt dulu bawak RM10 cukup untuk beli lauk untuk sekeluarga lengkap dengan ayam, ikan, dan sayuran..sekarang?? cukup lagi ker RM10??

Ini merupakan apa yang dinyatakan oleh Donal J. Trump & Robert T. Kiyosaki berkenaan emas (Saya yakin 50% drpd pengunjung blog ini mengenali nama ini)

"Di antara thn 1996-2006, hanya dlm tempoh 10 thn, dolarAmerika kehilangan separuh drpd nilainya apbl dibandingkan dgn emas. Pd thn 1996, emas dijual pd harga sekitar 250 dolar seauns. Pd thn 2006, 10 thn kemudian, emas dijual pd harga lbh drpd 600 dolar seauns. Sbg cnth, pd thn 1996, sekiranya kt menabung 1,000 dolar di bank, hari ini (2006), jumlahnya sekadar bernilai kurangdrpd 500 dolar dlm bntk emas. Sekiranya pd thn 1996 kt membeli 4 auns emas bernilai 1,000 dolar, kini emasitu sdh bernilai 2, 400 dolar"...Donald J. Trump & Robert T. Kiyosaki & Meredith Mclver(2012) Why We Want You To Be Rich

Daripada ilustrasi tersbt logik kalau kt fikirkan yang nilai wang akan terus menurun dek kerana inflasi. Berbeza pula dgn simpanan emas. Simpan emas dalam jngka masa panjang semestinya akan memberikan pemegang/pelabur emas merasakan keuntungan dalam emas..

Menarik untuk direnung2kan petikan dari seorg sahabat..

"Emas memiliki nilai di dalamnya dan dengan berat yang sama, nilainya berbeza saban tahun. Simpanlah emas dan kamu akan beroleh untung".

Jadi buatlah tindakan sekrang dengan memiliki emas fizikal anda..bagaimana?? Hubungi saya, Hafizie bin Safiee (013-8409361)