BAGAIMANA NAK MULA

Monday, 4 March 2013

Melaburlah di dalam emas dan silver kerana itulah sebenar-benarnya nilai kekayaan. Emas dan silver juga merupakan senjata yang kalis inflasi. 

Hadis Nabi SAW: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal




Bagaimana nak mula?

Bagaimana nak memulakan pelaburan emas dan perak?

Untuk memulakan pelaburan emas dan perak sangat mudah. Mula membeli emas atau perak. Bila? Sudah tentu sekarang. Kenapa perlu sekarang? Kerana semakin kita tunggu, harga emas akan naik dari tahun ke tahun.


Kita lebih senang mengeluarkan wang untuk membeli liabiliti(tanggungan-contoh mudah adalah kereta) ataupun handset yang harganya beribu-ribu ringgit yang akan turun nilainya selepas sahaja pembelian dan akan terus turun namun kita lebih berkira semasa hendak membeli emas dan perak yang harganya baratus ringgit namun akan meningkat semakin lama disimpan.

Kajian terhadap sejarah harga emas dan silver dunia mendapati harga emas meningkat hampir 25% setahun manakala untuk harga perak mencecah 100% - 400% setahun. Pengetahuan ini penting diketahui bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan mereka.


Berikut adalah saranan saya bagi memulakan pelaburan anda:

Langkah-1:
Mula membeli emas dan perak SEKARANG! Jangan hanya menunggu dan mengharapkan harga emas turun. Walaupun ketika anda membeli emas dan perak anda di kala harga tinggi tak apa. Kerana untuk jangka masa panjang harga emas akan terus meningkat.

Langkah-2:
Tukarkan wang simpanan anda kepada emas dan perak. Katakan anda membuat simpanan RM500 setiap bulan, tukarkan kepada emas berbanding menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank.

Langkah-3:
Pastikan matlamat atau tujuan anda menyimpan emas dan perak. Contoh: Saya berhajat untuk menunaikan umrah (perbelanjaan umrah = RM5000)dalam tempoh 3 tahun. Saya hanya perlu menyimpan 4 keping 1Dinar (RM2864)selama 3 tahun dan saya boleh menunaikan umrah. Ini kerana harga emas bertambah 25% setahun. Emas yang saya miliki selepas 3 tahun bernilai RM5012. Sudah melebihi dari perbelanjaan umrah yang sepatutnya.


Langkah-4:
Mulakan belian yang pertama dalam jumlah yang besar. Dengan berbuat demikian, anda akan mula membuat keuntungan yang besar. Katakan anda membeli 100gram emas dengan harga Rm17469, dengan kadar keuntungan setahun 25%, maka emas anda akan bertambah nilai RM21837.

Jika belian yang pertama kecil, maka keuntungan anda juga kecil. Namun harus diingat..ukur baju di badan sendiri. Jangan kerana mahukan keuntungan yang cepat dan besar, anda bergolok gadai semua harta yang ada. Pelaburan emas dan perak ini merupakan pelaburan jenis jangka masa panjang. Biar kecil permulaannya, tapi anda konsisten dalam menambah emas, anda juga akan dapat keuntungan. Lebih baik ada dari tidak ada.


Untuk membuat pembelian atau pertanyaan, hubungi saya:
Admin http://borneodinardirham.blogspot.com
Star Dealer SWK0060

013-8409361

No comments:

Post a Comment